SOALSELIDIK SUASANA SYARIKAT

Pada mukasurat berikut adalah kenyataan mengenai anda, pekerjaan anda dan syarikat di mana anda bekerja. Kami ingin mengetahui perasan anda terhadap kenyataan ini, sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan tersebut.

Ini adalah soalselidik sikap – ianya BUKAN ujian. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, hanya pendapat peribadi anda.

Cara membuat respon adalah seperti berikut. Baca setiap kenyataan dan tentukan bagaimana perasaan anda terhadap kenyataan itu. Jawab dengan menandakan di dalam salah satu petak di kertas jawapan. Pilih satu daripada jawapan berikut:


Sangat Bersetuju ……… Tandakan di petak SA
Bersetuju ……… Tandakan di petak A
Tidak Pasti ……… Tandakan di petak U
Tidak Bersetuju ……… Tandakan di petak D
Sangat Tidak Bersetuju ……… Tandakan di petak SD

Contoh, sekiranya salah satu kenyataan adalah seperti berikut:

Saya rasa sumbangan kerja saya tidak bermakna di syarikat ini.

Jika anda Sangat Tidak Bersetuju dengan kenyataan ini, iaitu anda yakin bahawa sumbangan kerja anda bermakna di syarikat ini; anda harus tandakan petak SD. Sekiranya anda Bersetuju dengan kenyataan ini, anda harus tandakan petak A. Anda hendaklah menandakan petak yang mengambarkan reaksi peribadi anda terhadap kenyataan yang disebut. Sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan atau Tidak Pasti, anda harus tandakan petak U.

Anda harus memberi respon terhadap semua kenyataan.



Nama Syarikat
Jawatan Jabatan/Cawangan

SA = Sangat Bersetuju A = Bersetuju U = Tidak Pasti D = Tidak Bersetuju SD = Sangat Tidak Bersetuju

1. Pengurusan dalam syarikat ini mempunyai polisi yang jelas yang mengalakkan perubahan dan peningkatan dalam prestasi dan cara syarikat beroperasi. SA A U D SD
 
2. Saya akan lebih berkesan dalam membantu syarikat mancapai objektifnya jika saya jelas memahami apa yang sedang syarikat cuba mencapai. SA A U D SD
 
3. Ramai orang di sini masih melakukan tugas yang tidak menepati standard kerana biasanya standard kerja tidak tertera dengan begitu jelas. SA A U D SD
 
4. Pada masa di mana standard tidak begitu jelas, penyelia sepatutnya membenarkan pekerja menetapkan standard yang munasabah mereka. SA A U D SD
 
5. Syarikat ini sentiasa bertindak dengan segera dalam melakukan sebarang perubahan sekiranya perlu. SA A U D SD
 
6. Pada pendapat saya, walaupun kita melakukan perubahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi masalah-masalah lain pula akan wujud akibat daripada perubahan ini. SA A U D SD
 
7. Jika kita ingin kekal dalam perniagaan ini, kita mesti memberi lebih banyak tumpuan kepada kepuasan pelanggan jika dibandingkan dengan apa yang ada sekarang. SA A U D SD
 
8. Syarikat ini sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti. SA A U D SD
 
9. Syarikat ini tidak berapa mahir dalam hal perhubungan manusia dan kerap kali tidak memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku. SA A U D SD
 
10. Syarikat banyak memberi saya latihan supaya saya boleh meningkatkan prestasi kerja saya. SA A U D SD
 
11. Syarikat ini membuat keputusan tanpa berbincang dengan mereka yang akan menghadapi kesan daripada keputusan tersebut. SA A U D SD
 
12. Di syarikat ini kita menawarkan perkhidmatan yang paling baik untuk pelanggan. SA A U D SD
 
13. Semua pekerja di syarikat ini sedar bahawa keluaran dan perkhidmatan pelanggan yang baik patut diberi keutamaan. SA A U D SD
 
14. Walaupun saya ingin melihat syarikat kita berjaya mencapai kualiti dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, tetapi tindakan perseorangan saya tidak akan memberi sebarang kesan. SA A U D SD
 
15. Di syarikat ini kita cuba mengeluarkan barangan dengan kualiti yang paling baik. SA A U D SD
 
16. Pengurusan atasan di syarikat ini mementingkan perubahan masa hadapan tetapi hanya cakap tanpa tindakan. SA A U D SD
 
17. Kita tidak tahu bagaimana syarikat merancang untuk mencapai daya saingan global. SA A U D SD
 
18. Pekerja semua peringkat di syarikat ini tahu apa yang perlu dicapai dan mereka dipertanggungjawabkan untuk mencapainya. SA A U D SD
 
19. Jika syarikat cuba mengawal pekerja dengan menetapkan keperluan yang mereka tidak setuju, syarikat seharusnya tidak terkejut jika keperluan tersebut ditolak oleh mereka. SA A U D SD
 
20. Syarikat ini mempunyai cara tersendiri melakukan sesuatu perubahan dan biasanya mustahil mengubahnya. SA A U D SD
 
21. Perubahan-perubahan yang dilaksanakan di syarikat ini telah meningkatkan keberkesanan syarikat. SA A U D SD
 
22. Syarikat kita terlalu sibuk dengan masalah-masalah harian sehingga pihak pengurusan tidak mempunyai masa merancang untuk masa depan. SA A U D SD
 
23. Ada banyak kaedah yang boleh meningkatkan produktiviti syarikat jika kita sanggup melaksanakannya. SA A U D SD
 
24. Selalunya maklumat yang tidak tepak mengakibatkan kerja yang dilakukan tidak betul dan terpaksa diulangi. SA A U D SD
 
25. Program latihan kita mengajar kita bagaimana melakukan kerja kita, tetapi tidak memberi tunjuk ajar bagaimana kita boleh mempertingkatkan prestasi dan kualiti kerja kita. SA A U D SD
 
26. Pihak pengurusan dan penyeliaan syarikat ini mengambil berat pandangan kita sebelum mereka membuat keputusan. SA A U D SD
 
27. Dalam syarikat ini, menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah kurang penting jika dibandingkan dengan berapa yang kita boleh hasilkan. SA A U D SD
 
28. Syarikat ini lebih bersedia mengorbankan kualiti dan perkhidmatan pelanngan untuk kuantiti yang dihasilkan. SA A U D SD
 
29. Kebanyakan masalah yang timbul mengenai kualiti dan perkhidmatan pelanggan adalah disebabkan keadaan yang berada di luar kawalan kita. SA A U D SD
 
30. Kualiti produk syarikat kita adalah kurang penting jika dibandingkan dengan berapa yang kita boleh hasilkan. SA A U D SD
 
31. Pengurusan atasan sentiasa memastikan bahawa sumber yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu perubahan penting adalah disediakan. SA A U D SD
 
32. Dalam syarikat ini, pengurus hanya mementingkan sama ada kita dapat menghasilkan keuntungan. SA A U D SD
 
33. Semua pekerja tahu apa yang pihak pengurusan mengharapkan daripada kita yang membolehkan kita mempertahankan produktiviti dan standard kualiti kita. SA A U D SD
 
34. Ketika pengurus / penyelia memberikan tugasan kepada pekerja, mereka patut menyatakan bagaimana kerja itu dilakukan dan tempoh masa yang harus digunakan dengan jelas. SA A U D SD
 
35. Kita ada kaedah yang baik untuk mengesani masalah dan apa yang patut untuk menyelesaikannya. SA A U D SD
 
36. Memandangkan perubahan yang dilakukan baru-baru ini, saya tidak dapat mengatakan bahawa kita berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya. SA A U D SD
 
37. Pengurusan syarikat ini tidak dapat memberansangkan pekerja dengan wawasannya yang menyediakan rancangan masa depan. SA A U D SD
 
38. Ketika pekerja syarikat ini tidak melakukan kerja mereka dengan betul, sesuatu akan dilakukan. SA A U D SD
 
39. Syarikat ini mempunyai caranya tersendiri untuk memperolehi pandangan pekerja terhadap kerja dan persekitaran kerja mereka. SA A U D SD
 
40. Kita mempunyai program latihan yang bagus di syarikat ini, pekerja tahu bagaimana kerja mereka mempengaruhi kualiti produk dan perkhidmatan mereka. SA A U D SD
 
41. Pekerja yang membuat keputasan penting dalam syarikat ini tidak suka mendapatkan nasihat daripada orang yang melaksanakan keputusan nanti. SA A U D SD
 
42. Syarikat ini adalah lebih dikenali dengan penawaran pelanggan yang cemerlang dan setiap pekerja adalah diharap memainkan peranan mereka masing-masing. SA A U D SD
 
43. Syarikat kita mempunyai nama yang baik atas produk dan perkhidmatan. SA A U D SD
 
44. Jika saya dan pekerja lain dapat bekerja dengan lebih berkesan, kita pasti dapat memberi sumbangan dalam mencapai matlamat kita yang ingin mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan. SA A U D SD
 
45. Syarikat ini adalah lebih dikenali dengan prestasi kerja yang bagus dan setiap pekerja adalah diharap memainkan peranan mereka masing-masing. SA A U D SD
 
46. Setengah pengurusan atasan tidak memberi sokongan ke atas usaha yang ingin memulakan perubahan yang dapat mempertingkatkan daya saingan syarikat. SA A U D SD
 
47. Pihak pengurusan dan pekerja memberi keutamaan yang paling tinggi ke atas penawaran perkhidmatan pelanggan yang paling cemerlang dalam industri ini. SA A U D SD
 
48. Oleh kerana pihak pengurusan tidak menyatakan apa yang diharapkan daripada pekerja dengan jelas, kualiti kerja adalah tidak seperti yang dijangka. SA A U D SD
 
49. Ketika syarikat mengharapkan pekerja menepati keperluan yang ditentukan, ini akan menghalang inisiatif dan kreativiti. SA A U D SD
 
50. Masalah kecil dalam syarikat ini terpaksa menjadi besar sebelum sesiapa yang bertanggungjawab rela menyelesaikannya. SA A U D SD
 
51. Biasanya kita mempunyai keputusan keseluruhan yang baik setelah melakukan perubahan dalam cara kita melakukan kerja. SA A U D SD
 
52. Adalah susah untuk kita menyokong matlamat pihak pengurusan setelah kita melakukan perubahan dalam cara kita melakukan kerja. SA A U D SD
 
53. Pekerja syarikat ini tidak memikirkan bagaimana mereka dapat meningkatkan prestasi kerja. SA A U D SD
 
54. Pihak pengurusan memberitahu pekerja apa yang sedang berlaku dan apa yang akan dilakukan pada masa depan. SA A U D SD
 
55. Pekerja kita memerlukan lebih banyak latihan untuk memperbaiki prestasi kerja mereka. SA A U D SD
 
56. Setelah memutuskan rancangan perubahan, pihak pengurusan and penyeliaan mendengar pandangan daripada pekerja yang terlibat dalam perubahan tersebut. SA A U D SD
 
57. Syarikat ini tidak menumpukan perhatian ke atas perkhidmatan pelanggan. SA A U D SD
 
58. Kita jarang memperolehi meseg daripada pihak pengurusan bahawa kualiti kerja dan perkhidmatan pelanggan adalah penting, apa yang biasa didengari adalah memberi keutamaan ke atas penekanan kos dan penghantaran pada masa tepat. SA A U D SD
 
59. Walaupun saya hanya seorang pekerja dalam syarikat ini, tetapi usaha saya dalam mempertingkatkan kualiti and perkhidmatan pelanggan mempengaruhi dan meningkatan nama baik syarikat dari segi kualiti dan perkhidmatan pelanggan. SA A U D SD
 
60. Syarikat ini tidak memberi perhatian yang mencukupi terhadap kualiti. SA A U D SD