SOALSELIDIK SIKAP PENGURUSAN

Pada mukasurat berikut adalah kenyataan mengenai anda, pekerjaan anda dan syarikat di mana anda bekerja. Kami ingin mengetahui perasan anda terhadap kenyataan ini, sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan tersebut.

Ini adalah soalselidik sikap – ianya BUKAN ujian. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, hanya pendapat peribadi anda.

Cara membuat respon adalah seperti berikut. Baca setiap kenyataan dan tentukan bagaimana perasaan anda terhadap kenyataan itu. Jawab dengan menandakan di dalam salah satu petak di kertas jawapan. Pilih satu daripada jawapan berikut:


Sangat Bersetuju ……… Tandakan di petak SA
Bersetuju ……… Tandakan di petak A
Tidak Pasti ……… Tandakan di petak U
Tidak Bersetuju ……… Tandakan di petak D
Sangat Tidak Bersetuju ……… Tandakan di petak SD

Contoh, sekiranya salah satu kenyataan adalah seperti berikut:

Saya rasa sumbangan kerja saya tidak bermakna di syarikat ini.

Jika anda Sangat Tidak Bersetuju dengan kenyataan ini, iaitu anda yakin bahawa sumbangan kerja anda bermakna di syarikat ini; anda harus tandakan petak SD. Sekiranya anda Bersetuju dengan kenyataan ini, anda harus tandakan petak A. Anda hendaklah menandakan petak yang mengambarkan reaksi peribadi anda terhadap kenyataan yang disebut. Sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan atau Tidak Pasti, anda harus tandakan petak U.

Anda harus memberi respon terhadap semua kenyataan.



Nama Syarikat
Jawatan Jabatan/Cawangan

SA = Sangat Tidak Bersetuju A = Bersetuju U = Tidak Pasti D = Tidak Bersetuju SD = Sangat Tidak Bersetuju

1. Saya mampu memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada syarikat dalam usahanya mencapai matlamat, sekiranya saya faham dengan jelas apa sebenarnya syarikat cuba laksanakan. SA A U D SD
 
2. Apabila sesebuah syarikat telah berjaya melaksanakan operasinya dengan baik, syarikat merasa berat untuk membuat perubahan terhadap cara operasi yang sedia ada. SA A U D SD
 
3. Pengurus / penyelia mesti berupaya melihat tugas mereka dan mengaitkannya dengan matlamat dan objektif keseluruhan syarikat. SA A U D SD
 
4. Apabila anda telah membuat keputusan di peringkat pengurusan / penyeliaan, anda harus berpegang kepadanya, dan anda tidak boleh membenarkan orang lain berfikir bahawa mereka boleh mengubah fikiran anda. SA A U D SD
 
5. Pekerja akan berkerja dengan baik apabila mereka dibenarkan menjalankan tugas dengan tempo dan cara tersendiri. SA A U D SD
 
6. Semua orang boleh mengenalpasti apabaila masalah tumbul. Tetapi tindakan tidak boleh dibuat, sehingga satu konsensus (muafakat) untuk menyelesaikan masalah itu telah tercapai. SA A U D SD
 
7. Lazimnya pekerja suka membuat sesuatu mengikut cara sendiri dan mereka akan memberi tentangan kepara pengurus / penyelia yang menetapkan bahawa pekerja mesti mengikut prosedur yang telah diperuntukkan. SA A U D SD
 
8. Kebanyakan pekerja tidak berminat dalam tugas mereka selain daripada menerima gaji. SA A U D SD
 
9. Say tidak ada masa untuk melatih pekerja, saya lebih suka bekerja dengan mereka yang sudah dilatih. SA A U D SD
 
10. Saya hanya menjalankan tugas seperti yang diharapkan dan mengelak dari sebarang persengketan. Dan saya juga tidak ada cita-cita untuk benar-benar berjaya dalam tugas saya. SA A U D SD
 
11. Secara otomatik saya membuat andaian bahawa saya akan berjaya mencapai matlamat di dalam sebarang perkara yang saya jalankan. SA A U D SD
 
12. Kita harus bersedia memberi tahap khidmat pelanggan yang lebih tinggi dari apa yang pengurusan fikirkan perlu pada ketika ini jika kita ingin kekal dalam industri ini. SA A U D SD
 
13. Syarikat kita telah mengenalpasti bahawa kita perlu berterusan mencuba teknologi baru untuk memperbaiki lagi operasi kita. SA A U D SD
 
14. Saya tidak akan dapak melaksanakan kerja dengan baik jika saya menghabiskan masa memikirkan hal-hal syarikat yang tidak berkaitan secara langsung dengan tugas saya. SA A U D SD
 
15. Pengurus / penyelia lazimnya terpaksa mengelak dari beberapa orang pekerja tertentu kerana mereka tahu pekerja itu akan membuat rungutan atau aduan yang sama dan yang telah didengar. SA A U D SD
 
16. Kerja yang baik memakan masa; jika anda cuba meningkatkan produktiviti, mutu kerja sudah tentu akan terjejas. SA A U D SD
 
17. Selalunya pekerja tidak akan mencuba dengan sebaiknya sekiranya mereka disuruh membuat sesuatu yang mereka tidak setuju. SA A U D SD
 
18. Apabila kerja menjadi lebih rumit, pengurus / penyelia harus kurang bergantung kepada teknik penjadualan dan lapuran yang sedia ada dan akan menggunakan pengalaman mereka untuk menjalankan tugas dengan baik. SA A U D SD
 
19. Lazimnya, pekerja tidak bangga dengan tugas mereka dan hanya bekerja untuk mendapat gaji. SA A U D SD
 
20. Pekerja terbaik tidak memerlukan penyeliaan atau arahan, mereka tahu apa yang perlu dibuat dan melaksanakannya. SA A U D SD
 
21. Apabila saya menerima sesuatu tugas, saya akan melaksanakan tugas itu sehingga selesai walaupun tugas itu susah dan rumit. SA A U D SD
 
22. Saya mengambil masa yang sangat lama untuk pulih selepas menjalankan satu tugas yang tidak dilaksanakan dengan baik. SA A U D SD
 
23. Kami tidak dapat gambaran jelas bagaimana syarikat merancang untuk menghadapi saingan global. SA A U D SD
 
24. Sukar untuk melaksanakan perubahan di syarikat ini walaupun semua orang mengetahui bahawa perubahan perlu dijalankan. SA A U D SD
 
25. Pengurus / penyelia yang berjaya hanya menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas yang diperuntukkan kepada mereka, mereka tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang berlaku di tempat-tempat lain dalam syarikat. SA A U D SD
 
26. Sebagai pengurus / penyelia, adalah tanggungjawab saya menyampaikan pesanan dari syarikat kepada pekerja-pekerja, tetapi jika pekerja-pekerja tidak mempercayainya, itu adalah masalah syarikat. SA A U D SD
 
27. Seseorang pekerja hanya mahu membuat tugas yang diperuntukkan kepadanya, tidak lebih dari itu. SA A U D SD
 
28. Apabila seorang pengurus / penyelia mengenalpasti bahawa syarikat perlu membuat beberapa tindakan, mereka mesti mula menggerakkannya dan cuba meyakinkan pekerja-pekerja lain bahawa tindakan itu perlu. SA A U D SD
 
29. Apabila mereka merasakan tidak ada makna mengikuti kehendak syarikat yang tertentu, pengurus / penyelia harus memberi pekerja-pekerja kebebasan untuk menepati kehendak syarikat tersebut. SA A U D SD
 
30. Kebanyakan orang tidak berminat bekerja; mereka bekerja semata-mata untuk mencari sumber rezeki. SA A U D SD
 
31. Apabila pekerja todak dapt melaksanakan tugas yang diberi oleh pengurus / penyelia dengan baik, pengurus / penyelia harus bertindak dan menjalankan kerja itu sendiri. SA A U D SD
 
32. Saya tidak sanggup untuk bekerja lebih rajin dari apa yang patut, terutama sekali apabila saya boleh melihat bahawa usaha itu tidak bermakna. SA A U D SD
 
33. Saya tahu bila saya tidak membuat sesuatu kerja dengan baik atas sebab-sebab tertentu, oleh itu orang lain tidak perlu memaklumkan kepada saya mengenainya. SA A U D SD
 
34. Syarikat kami terlalu sibuk mengendalikan masalah harian hinggakan pihak pengurusa tidak ada masa untuk memikirkan ke arah mana harus kami tuju dan membimbing kami ke tujuan itu. SA A U D SD
 
35. Sebuah organisasi akan mengenalkan perubahan untuk menyelesaikan masalah tertentu, tepati melalui pengalaman saya dengah syarikat ini, perubahan lazimnya akan menggantikan satu set masalah dengan masalah yang baru. SA A U D SD
 
36. Pengurus / penyelia akan menjalankan kerja dengan lancar apabila hanya menjalankan tugas yang sedia ada dan mereka mahu orang lain berbuat demikian. Mereka tidak akan berjaya jika menjalankan kerja-kerja yang tidak biasa mereka lakukan. SA A U D SD
 
37. Jika pengurus / penyelia dan pekerja mereka menghadapi masalah komunikasi, tanggungjawab untuk membetulkan keadaan itu adalah dari pihak pengurus / penyelia sendiri. SA A U D SD
 
38. Jika seorang pekerja mengambil masa lebih lama dari yang telah ditetapkan untuk melaksanakan sesuatu tugas, langkah sebaiknya yang patut diambul oleh seorang pengurus / penyelia ialah tidak menghiraukannya asalkan perkara serupa tidak selalu berlaku. SA A U D SD
 
39. Adalah sukar untuk membuat pekerja melihat bahawa kerja yang mereka jalankan ialah sebahagian daripada usaha kumpulan, kerana kebanyakan mereka hanya berminat dengan hal-ehwal mereka sendiri sahaja. SA A U D SD
 
40. Kadangkala prosedur syarikat membuatkan kerja itu lebih susah untuk dijalankan, dan bila ini berlaku, seorang pengurus / penyelia yang bagus akan berkata: "Lupakan prosedur dan mari kami buat kerja ini cara sendiri". SA A U D SD
 
41. Di kebanyakan organisasi, mutu kerja pekerja-pekerjanya bergantung kepada gaji dan imbuhan yang dibayar. SA A U D SD
 
42. Jika seorang pekerja tidak ada minat untuk meningkatkan dirinya, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pengurus / penyelia untuk menolong pekerja tersebut. SA A U D SD
 
43. Dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan saya, saya selalunya menjalankan tugas dengan baik, tetapi saya tidak cuba untuk mencapai prestasi yang terbaik. SA A U D SD
 
44. Perniagaan kami sangat rumit, saya tidak nampak bagaimana saya boleh mengawal keadaan yang berlaku di dalam jabatan / kawasan saya. SA A U D SD
 
45. Dalam syarikat ini, pengurus-pengurus hanya pentingkan sama ada syarikat membuat keuntungan atau tidak. SA A U D SD
 
46. Syarikat kami banyak bercakap mengenai kreativiti dan pembaharuan tetapi tidak memberi sokongan kepada mereka yang berdaya kreatif dan inovatif. SA A U D SD
 
47. Sekiranya saya tahu bahawa saya telah mengurus / mengendalikan kawasan saya dengan berkesan, saya kurang minat dengan apa yang berlaku di bahagian lain syarikat. SA A U D SD
 
48. Sebaik-baiknya pengurus / penyelia perlu terangkan apa yang harus dibuat - bukannya kenapa ia harus dibuat. SA A U D SD
 
49. Saya bersedia menghentikan apa yang sedang saya jalankan bila seorang pekerja saya memerlukan bantuan untuk menyiapkan tugasnya. SA A U D SD
 
50. Jika pekerja merasai bahawa saya vuba mendapatkan persetujuan mereka untuk menerima pandangan syarikat terhadap beberapa masalah, lazimnya secara sopan mereka akan mendengarnya, tetapi mereka tidak akan setuju dengan pendirian syarikat. SA A U D SD
 
51. Apabila sebuah syarikat menetapkan syarat-syarat untuk mengawal pekerja-pekerjanya dengan cara yang pekerja tidak setuju, syarikat seharusnya bersedia menghadapi tentangan dan tidak akan terkejut apabila syarat-syarat tersebut tidak diikuti. SA A U D SD
 
52. Kebanyakan masalah syarikat akan lenyap juka kita buang pekerja-pekerja yang tidak mendatangkan hasil kepada syarikat. SA A U D SD
 
53. Saya rasa tidak cukup jika hanya saya yang memberi khidmat terbaik; saya juga perlu mendapatkan yang terbaik dari pekerja-pekerja saya. SA A U D SD
 
54. Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tiggi. SA A U D SD
 
55. Pengurus / penyelia baru sering berpendapat bahawa mereka boleh menarik hati syarikat dengan meletakkan 'standard' yang tiggi ke atas pekerja-pekerjanya; tetapi mereka akan sedar bahawa perkara itu tidak dapat dilaksanakan. SA A U D SD
 
56. Pengurusan di syarikat ini belum berjaya memeransangkan semangat pekerja-pekerjanya ke arah wawasan syarikat. SA A U D SD
 
57. Saya tidak yakin syarikat ini mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan kepada keadaan untuk mencapai objectik yang telah kami tetapkan. SA A U D SD
 
58. Pengurus / penyelia mesti melaksanakan polisi syarikat dan mereka tidak perlu bimbang jika mereka tidak faham sebab-sebab di sebalik polisi tersebut. SA A U D SD
 
59. Sebagai seorang pengurus / penyelia, anda tidak harus menggalakkan semua pekerja memberi pendapat mereka untuk menyelesaikan masalah kerja, kerana ramai yang mempunyai pendapat yang bodoh dan tidak bernilai. SA A U D SD
 
60. Apabila pekerja anda dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna tanpa bantuan anda, itu menunjukkan bahawa anda adalah seorang pengurus / penyelia yang efektif. SA A U D SD
 
61. Keputusan dalam sekumpulan pekerja mesti berkembang secara demokratik; pendapat-pendapat pekerja sama penting dengan pendapat-pendapat pengurus / penyelia. SA A U D SD
 
62. Bila pengurus / penyelia memberi tugas kepada pekerja, mereka perlu menjelaskan kepada pekerja cara kerja itu dijalankan dan dalam jangkamasa yang ditetapkan. SA A U D SD
 
63. Sekarang, terlalu ramai pekerja yang tidak tahu makna pencapaian kerja seharian. SA A U D SD
 
64. Jika anda merancang untuk membuat sesuatu kejayaan pada diri anda, anda harus bersedia membuatnya sendiri; anda tidak boleh mengharapkan pertolongan dari orang lain. SA A U D SD
 
65. Kejayaan saya sebagai seorang individu tiada kaitan dengan jawatan yang saya sandang atau kerjaya saya di syarikat ini. SA A U D SD
 
66. Saya tidak suka menjalankan projek baru kecuali saya yakin projek itu akan berjaya. SA A U D SD
 
67. Keutamaan utama pengurusan and pekerja syarikat ini ialah memberi khidmat yang paling cemerlang terhadap pelanggan di dalam industri ini. SA A U D SD
 
68. Saya nampak dengan jelas bahawa pengurus-pengurus kanan di dalam syarikat ini tidak sedar akan kegagalan yang bakal berlaku bila mereka memaklumkan kepada kami cara baru untuk menjalankan tugas. SA A U D SD
 
69. Apabila kerja-kerja menjadi lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi, penting bagi pengurus / penyelia menumpukan lebih banyak usaha terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka. SA A U D SD
 
70. Bila seseorang meminta saya membuat penilaian yang tulus terhadap kerjanya, saya selalu berasa sukar untuk memaklumkan secara spontan. SA A U D SD
 
71. Pengurus / penyelia yang berjaya menggunakan beberapa kemahiran dan teknik yang mudah supaya mereka tidak perlu kerap mengawasi pekerja. SA A U D SD
 
72. Apabila anda mengenalkan kedudukan anda kepada pekerja-pekerja, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk menentukan sama ada mereka akan mengikut anda atau sebaliknya. SA A U D SD
 
73. Bila organisasi meletakkan pekerja-pekerjanya mengikut syarat-syarat tertentu, ini akan membantutkan initiatif and kreativiti dari pekerja. SA A U D SD
 
74. Cara terbaik untuk kita meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja adalah dengan mengambil pekerja-pekerja yang lebih baik. SA A U D SD
 
75. Selepas pengurus / penyelia telah membuktikan mereka telah membuat apa yang terdaya untuk majikan mereka, tidak adil kepada pengurus / penyelia untuk menunjuk ajar pekerja bawahan mereha cara membuat kerja dengan baik. SA A U D SD
 
76. Jika saya mampu menyara diri sendiri (termasuk keluarga) dalam keadaan selesa dan selamat, saya akan berpuas hati dengan usahh saya di tempat kerja. SA A U D SD
 
77. Untuk berjaya sebagai seorang pengurus / penyelia, seseorang itu harus mengunakan kemahiran yang ada pada dirinya dan mengelakkan risiko dengan mencuba idea baru. SA A U D SD
 
78. Sukar bagi saya untuk memberi sokongan terhadap matlamat-matlamat pengurusan untuk syarikat kerana saya sendiri pun tidak pasti apakah matlamat tersebut. SA A U D SD
 
79. Syarikat ini membuat sesuatu dengan cara-cara tersendiri, dan walau bagaimana anda mencuba, anda tidak akan dapat mengubah keadaan ini. SA A U D SD
 
80. Untuk berupaya meneruskan tugas sebagai pengurus / penyelia, anda harus buat apa yang diharapkan daripada anda dan tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang bukan dalam bidang tanggungjawab anda. SA A U D SD
 
81. Walau apa pun pengurus / penyelia berkata dan dengan apa cara pun, pekerja-pekerja mereka masih hanya mahu mendengar perkara yang mereka mahu dengar. SA A U D SD
 
82. Mengagihkan tugas kepada pekerja-pekerja saya adalah sukar sebab kebanyakan mereka enggan menerima tanggungjawab. SA A U D SD
 
83. Saya rasa bahawa saya tidak berhak untuk menekankan pandangan saya mengenai polisi syarikat kepada pekerja-pekerja saya; dan saya juga merasakan bahawa syarikat tidak sepatutnya mengharap saya buat demikian. SA A U D SD
 
84. Dalam setiap kumpulan pekerja, kita akan berjumpa dengan mereka yang enggan mengikuti syarat-syarat syarikat; tetapi asalkan mereka melaksanakan kerjanya, seorang pengurus / penyelia tidak sepatutnya memberi tekanan terhadap mereka. SA A U D SD
 
85. Bila syarikat mengalami masalah kualiti dan produktiviti, syarikat tidak harus menyalahkan pekerja-pekerja sahaja. SA A U D SD
 
86. Bila pekerja-pekerja mereka sering mengulangi kesilapan, pengurus / penyelia tidak seharusnya dipertanggungjawabkan atas kesilapan tersebut. SA A U D SD
 
87. Jika tugas saya memerlukan saya bekerja dengan cara yang tidak selaras dengan gaya hidup saya, saya mungkin akan meletak jawatan. SA A U D SD
 
88. Saya tidak dapat melaksanakan kerja yang baik apabila saya diberi jangkamasa yang tidak munasabah untuk menyiapkan kerja berkenaan. SA A U D SD