SOALSELIDIK SIKAP JUALAN

Pada mukasurat berikut adalah kenyataan mengenai anda, pekerjaan anda dan syarikat di mana anda bekerja. Kami ingin mengetahui perasan anda terhadap kenyataan ini, sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan tersebut.

Ini adalah soalselidik sikap - ianya BUKAN ujian. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, hanya pendapat peribadi anda.

Cara membuat respon adalah seperti berikut. Baca setiap kenyataan dan tentukan bagaimana perasaan anda terhadap kenyataan itu. Jawab dengan menandakan di dalam salah satu petak di kertas jawapan. Pilih satu daripada jawapan berikut:


Sangat Bersetuju ......... Tandakan di petak SA
Bersetuju ......... Tandakan di petak A
Tidak Pasti ......... Tandakan di petak U
Tidak Bersetuju ......... Tandakan di petak D
Sangat Tidak Bersetuju ......... Tandakan di petak SD

Contoh, sekiranya salah satu kenyataan adalah seperti berikut:

Saya rasa sumbangan kerja saya tidak bermakna di syarikat ini.

Jika anda Sangat Tidak Bersetuju dengan kenyataan ini, iaitu anda yakin bahawa sumbangan kerja anda bermakna di syarikat ini; anda harus tandakan petak SD. Sekiranya anda Bersetuju dengan kenyataan ini, anda harus tandakan petak A. Anda hendaklah menandakan petak yang mengambarkan reaksi peribadi anda terhadap kenyataan yang disebut. Sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan atau Tidak Pasti, anda harus tandakan petak U.

Anda harus memberi respon terhadap semua kenyataan.



Nama Syarikat
Jawatan Jabatan/Cawangan

SA = Sangat Bersetuju A = Bersetuju U = Tidak Pasti D = Tidak Bersetuju SD = Sangat Tidak Bersetuju

1. Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat ialah untuk meningkatkan jualan. SA A U D SD
 
2. Kita boleh meningkatkan jualan jika mendapat lebih sokongan dan bimbingan daripada pihak pengurusan. SA A U D SD
 
3. Saya rasa saya kehilangan satu jualan jika pelanggan saya tidak membeli daripada saya. SA A U D SD
 
4. Walaupun saya mahu melihat syarikat saya maju dengan mencapai matlamat jualan, saya rasa apa yang saya lakukan tidak memberi sumbangan yang besar kepada matlamat syarikat. SA A U D SD
 
5. Kita semua akan berjaya dan mendapat manfaat jika jualan syarikat kita meningkat. SA A U D SD
 
6. Saya hendak wujudkan satu teknik penjualan yang baru untuk meningkatkan prestasi jualan saya. SA A U D SD
 
7. Kita boleh meningkatkan jualan jurujual kita, tetapi saya rasa ramai antara kita yang tidak suka apabila jualan meningkat. SA A U D SD
 
8. Kebanyankkan pelanggan tidak suka apabila kita bertanya kehendak mereka, kerana kebanyakkan pelanggan tahu apa yang hendak dibeli. SA A U D SD
 
9. Latihan tambahan dalam teknik-teknik penjualan akan memberi manfaat kepada semua kakitangan kita. SA A U D SD
 
10. Jualan bukan bidang yang paling penting dan bukan tumpuan utama syarikat. SA A U D SD
 
11. Syarikat akan melaksanakan apa saja untuk meningkatkan jualan. SA A U D SD
 
12. Saya bertanggungjawab untuk mengambil apa saja tindakan untuk mencapai matlamat jualan syarikat. SA A U D SD
 
13. Sebagai individu saya tidak dapat mengawal turun naik jualan. SA A U D SD
 
14. Tidak kira setinggi manapun peningkatan jualan syarikat, ia tidak akan memberi manfaat kepada jurujual seperti saya. SA A U D SD
 
15. Saya mungkin boleh meningkatkan jualan syarikat jika saya dapat mempelajari teknik-teknik jualan yang baru. Tetapi saya lebih suka dengan keadaan kerja yang rileks dan tidak ada tekanan. SA A U D SD
 
16. Jurujual-jurujual bangga dengan kerja mereka apabila prestasi jualan mereka meningkat. SA A U D SD
 
17. Kami tidak perlu mengunakan teknik-teknik yang lebih mendalam untuk menjual produk yang lebih mahal kerana ditahap sekarang tugas kami ialah hanya mengambil pesanan dari pelanggan. SA A U D SD
 
18. Dalam perniagaan kita, seorang jurujual yang telah dilatih boleh memainkan peranan yang penting dalam mendorong pelanggan untuk membuat pembelian. SA A U D SD
 
19. Kita tidak payah membuat apa-apa untuk meningkatkan jualan dalam syarikat ini kerana jualan syarikat sudah cukup tinggi. SA A U D SD
 
20. Jika anda berusaha untuk meningkatkan jualan, anda akan mendapat sokongan penuh syarikat. SA A U D SD
 
21. Peningkatan jualan adalah penting untuk syarikat, tetapi ia bukanlah tanggungjawab saya. SA A U D SD
 
22. Walaupun saya hanya individu dalam sebuah syarikat yang besar, kejayaan saya dalam meningkatkan jualan boleh mempengaruhi kejayaan syarikat. SA A U D SD
 
23. Meningkatkan jualan adalah satu idea yang baik, tetapi di syarikat ini ia tidak akan mengubah nasib kami. SA A U D SD
 
24. Saya bersedia untuk mengubah teknik jualan saya jika teknik itu boleh membantu untuk meningkatkan jualan saya. SA A U D SD
 
25. Syarikat yang menumpukan kepada penjualan produknya adalah sebuah syarikat di mana jurujualnya akan berkerja dengan lebih tekun lagi. SA A U D SD
 
26. Sebagai seorang jurujual yang berkesan, anda harus aktif bermula daripada menyambut pelanggan semasa mereka masuk kedai hinggalah ke pembelian. SA A U D SD
 
27. Jika jurujual berpengetahuan tentang produk dan harga, mereka boleh melakukan kerja yang baik tanpa mendapatkan latihan tambahan dalam bidang jualan. SA A U D SD
 
28. Adalah penting untuk kita meningkatkan jualan syarikat untuk meningkatkan kedudukan kewangan kita. SA A U D SD
 
29. Dari segi usaha peningkatan jualan, di syarikat ini lazimnya kita hanya bercakap dan tidak mengambil tindakan. SA A U D SD
 
30. Jika saya perlu sentiasa berfikir mengenai sasaran jualan syarikat, saya tidak dapat menjalankan kerja saya dengan sempurna. SA A U D SD
 
31. Bersama dengan jurujual-jurujual yang lain, kita dapat meningkatkan kejayaan syarikat jika kita menumpukan lebih perhatian dan usaha dalam jualan kita. SA A U D SD
 
32. Kakitangan syarikat ini akan menikmati manfaat yang lebih sekiranya usaha untuk meningkatan jualan berjaya. SA A U D SD
 
33. Kadangkala saya dapat melihat cara-cara yang boleh meningkatkan jualan tetapi saya tidak mencuba idea-idea yang baru ini. SA A U D SD
 
34. Apabila syarikat menjadi runsing tentang peningkatan jualan, ini bermakna keadaan akan menjadi lebih sukar untuk jurujual-jurujual. SA A U D SD
 
35. Sebagai jurujual, saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan saya membuat keputusan pembelian. SA A U D SD
 
36. Jurujual-jurujual dalam syarikat ini tidak memerlukan latihan tambahan melainkan segelintir jurujual sahaja. SA A U D SD
 
37. Peningkatan jualan syarikat ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihak pengurusan lebih prihatin terhadap idea-idea yang dikemukakan oleh kakitangannya. SA A U D SD